Rabu, 26 Jun 2013

AISKRIM GORENG

Sunyi ler hai ofis rini...abis semua p ambik exam nak nek pangkat..huhuhu..selamat berjaya tuk kak nora pemilik blog Cahaya kehidupan , kak shuhada pemilik blog hijrah aku dan dia , Yuhaniza, kak ida dan ramai lagi ler xlrat dah den nak taip semua..Gudluck Yoo..

Dok boring2 ni tingat ler nak taip entry ni join resepi aiskrim goreng yang sgt deliciussssss..sesuai sgt wat mnum ptg2 dikala cuaca yg pns gler skrg ni (kat Kedah le)..

Jom tengok pe bahan2 yang kita nk guna.


Bahan :

 Roti
Aiskrim
Bekas bulat


Cara :

Ambik 1 keping roti dan letakkan 1 sudu besar aiskrim 
(kalo letak banyak2 nti roti tu tak blh ttp rapat plk).


Ambik lagi satu keping roti dan tangkupkan kat atas lapisan pertama yang kita letak aiskrim tu.

Pastu ambik bekas yang permukan bulat xkisah ler bekas pe pun dan tekan kat atas roti cam dalam gambar.

Taraaa...ni hasilnyer selapas di tekan dengan bekas bulat..comey jer cam kak tonn..

Masukkan dalam plastik (utk elak dr melekat2)

Simpan dalam peti sejuk (tempat sejuk beku tau) sekurang kurangnya 4-5jam..
tp kalo 1 hari lagi bagus

Jeng..jeng...dh siap..(gambar time goreng lupa snap) hehe..tp make sure minyak untuk menggoreng betul2 pnas yer..dan minyak kasi bnyak ckit biar leh berenang2 gitu..

Aiskrim kat dalam still lg beku..sdap je bila dimkn..kombinasi sejuk dan panas..wahhh mmg deboom..
(tp kna aiskrim vanilla ler plk..xbrp npk sgt le bila potong..hehehe)

Isnin, 24 Jun 2013

ADUAN PENGGUNA

Entry ni ditulis sebab sakit hati betul ler ngan Syarikat Telekomunikasi yang satu ni sebab telah menyalurkan maklumat yang tak benar & tak betul sampai telah menjejaskan........

Arrrghhh geram xtau nk cakap dh eh..sebab tu le pagi ni sepagi dok mengadap komputer nk cari tempat untuk wat aduan.

Tp aku dh email aduan ke syarikat tersebut..kalo xde penjelasan mmg tindakan akan diambil..dh 2kali kot bg maklumat yang xbtoi..dh tu mendatangkan masalah pada org..



SALURAN UNTUK MEMBUAT ADUAN :



1) E – Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Sistem E-Aduan membolehkan pengguna membuat aduan kepada KPDNKK berkaitan sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika. Sistem eAduan ini dibangunkan dan dilaksanakan dengan satu objektif: untuk menyediakan satu medium menerima aduan melalui internet daripada orang ramai.

Laman web : http://eaduan.kpdnkk.gov.my
Email : e-aduan@kpdnkk.gov.my



2) Biro Pengaduan Awam (BPA)

Biro Pengaduan Awam (BPA) memberi kemudahan kepada rakyat untuk membuat aduan terhadap agensi kerajaan. Antara objektif BPA ialah memberi khidmat nasihat kepada agensi bagi meningkatkan sistem pengendalian aduan awam yang berkesan dan mengesan isu-isu yang boleh menjadi punca aduan orang awam

Laman web : http://www.pcb.gov.my
Tel : 03-88725777



3) Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)

Pengguna boleh membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya tentang sebarang isu berkaitan dengan sektor komunikasi dan multimedia merangkumi telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan internet, perkhidmatan pos, kurier dan pensijilan digital.

Laman Web : http://www.skmm.gov.my
E-mail : aduanskmm@cmc.gov.my


4) Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999. Bahagian XII Akta mengandungi 38 Seksyen yang menyentuh tentang pelbagai aspek Tribunal seperti keanggotaan Tribunal, bidangkuasa Tribunal, prosiding Tribunal, award Tribunal dan lain-lain perkara berkaitan. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia menyedikan alternatif kepada pengguna untuk memfailkan sebarang gantirugi dan pampasan terhadap peniaga secara online.

Laman Web : http://ttpm.kpdnkk.gov.my
Tel : 03-88825822


5) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Sistem aduan Kementerian Kesihatan ini dibangunkan sebagai medium untuk pengguna membuat aduan berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan dan agensi terbabit dibawahnya.

Laman web : http://www.moh.gov.my
Email : kkm@moh.gov.my


6) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KTTHA)

Diwujudkan untuk membuat sebarang aduan, pertanyaan, cadangan yang berkaitan perkhidmatan tenaga, teknologi hijau dan air.

Laman Web : http://aduan.kettha.gov.my
E-mail : aduans@ktak.gov.my




7) Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

Pusat aduan setempat bagi memberikan khidmat nasihat, membantu menyalurkan aduan kepada pihak yang bersesuaian seperti agensi kerajaan, pengeluar, pengedar atau penjual dan menjalankan perundingan antara pihak pengadu dengan pihak dituntut.

Laman web : http://www.nccc.org.my/v2
Tel : 03 7877 9000

Khamis, 20 Jun 2013

KERJA KERAJAAN VS KERJA SENDIRI




Kemarin tgh2 wat keja de ler WSAPP msk..ada kawan kongsi satu artikel yg berbnyi cam ni...



kakak aku kerja kerajaan, keluar pukul 6 pagi balik pukul 6 petang, 12 jam kerja. Gaji cecah rm2.8k sebulan. Balik kampung bercakap megah, ayat berapi dan takabur dengan adik beradik. Tambah pulak dengan aku yang kerja berniaga tepi jalan ni.

Tapi kerja setahun dapat pakai kereta myvi SE. Masa nak enjoy dan keluar melancong memang terhad. Apatah lagi nak ke Makkah. Hidup terikat dan tak enjoy...Wow hebat tak terhingga.

Aku tak kerja kerajaan, hanya berniaga nasi lemak kukus di tepi jalan raya. Start kerja pukul 6 pagi sampai 10 pagi. lepastu balik tidur dengan nyenyak. HAnya 4 jam kerja dapat income rm200 sehari paling minima. Setelah setahun berniaga. Aku pakai honda civic type r jer pun. Alhamdulillah dah dapat pergi 5 negara termasuk Mekah selang 3 tahun sekali.

Dapat beli tanah sendiri, dan hantar mak ayah aku menunaikan umrah tiap-tiap tahun. Kakak aku tiap-tiap kali tengah bulan mesti col aku nak pinjam duit. Bukan nak riak..tapi nak cakap kerja berniaga ni sungguh enjoy kerana tak sangkut paut dengan sesiapa. Untuk kakak-kakak yang pakai kemas bergaya kerja pejabat, janganlah pandang rendah sangat pada orang yang berniaga tepi jalan. Hakikatnya poket mereka lebih tebal dari poket kamu yang sentiasa kering di tengah bulan.






Hanya untuk kongsi pengalaman hidup je..tiada kena mengena dengan sesiapa pun..(cewah cam dlm drama plk..hehehe)

tp pk2 blk betul jgk..kerja sendiri pun best..(semgat len mcm je nk berniaga plk..hehehe..)

Rabu, 19 Jun 2013

KEBERKATAN DALAM MENCARI REZEKI


" 90% daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan."

Jom buat business plak le..huhuhu






يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَنفِقُواْ مِمَّا رَزَقۡنَـٰكُم مِّن قَبۡلِ أَن يَأۡتِىَ يَوۡمٌ۬ لَّا بَيۡعٌ۬ فِيهِ وَلَا خُلَّةٌ۬ وَلَا شَفَـٰعَةٌ۬‌ۗ وَٱلۡكَـٰفِرُونَهُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.(Surah An-Baqarah 2: Ayat ke 254)

BINA BLOG

Jom kita pakat2 belajar wat blog..design cantik2 blog untuk kepuasan sendiri n pembaca tersayang...

Boleh rujuk link ni http://widgetindex.blogspot.com untuk dapatkan wedget yang comel2 sgt...

Rujuk sini juga http://jombinabelog.blogspot.com untuk belajar cara2 nk edit blog yer...

Selamat belajar dan mencuba..

MENARA ALOR SETAR


Petang kelmarin blk je dari ofis budak2 berdua kat umah tu dh kalut2 bersiap dh nk p main2 dekat playground...( kakak irdina bgtau kata tok wan nk bw p main2 dekat menara )..

pas smua dh siap km pun kuar le g menara ( tok wan drive )..xjauh pun dr umah lebih kurang 10min cam tu je smpai le kat menara tu...tp bkn nk p naik menara pun sj nk main2 kat perkarangan menara tu je..hihihi...bkn pe mainan dekat stu ok ckit berbanding tempat lain elok lg xrosak2..( yakin le ckit nk bg anak2 main)

xmau tulis pnjg2 dh...layan gbr dh le..gbr pun xbyk sbb beteri fon kong...















Ahad, 16 Jun 2013

CARNIVAL WATER PARK VS BUKIT MERAH LAKE TOWN RESORT

Mak cik..Uncle..jom ler kita pegi swimming..kakak nak buat cam ni..(sambil kuak2 tangan n kaki dia gaya org berenang..itu ler yang Irdina Batrisyia (ank sedara i) asyik sebut jer selagi xbawa dia g swimming)..

Last2 ajak ler jugak husband bawa dia g swimming (sementara hsband ngah bercuti..kalo xmcm nak kawal 2 orang princess nak bersiram.) 

Sebab time tu ngah bz ngan final exam so igt time xde paper nak ler curi2 masa study tu bw budak ni g swimming..rancang nak g yang dekat2 je..terfikir le nk bw g dekat Carnival Water Park (Sungai Petani)..dekat je ngan Alor Setar..


Dulu dh pernah pergi ngan kawan2 (masa belum kahwin)..best jugak..tu yang kali ni suggest kat husband nak pergi situ bawa anak2 plk..husband pun stuju..dlm kul 10pg cam tu bertolak ke  tempat yang dirancang.

Tup..tup..elok smpai jer tgk kosong jer tempat..(sambil sembang2 ngan husband..mgkin sbb xcuti sekolah kot xramai org..xpe jom kita g beli tket dl..) elok smpai depan kaunter je tgk2 tutup ler plk..ptt ler xde org.huhuhu..


Pastu dok fikir2 le plk nk bw diaorang ni g mn yer..cian plk dh bersemagat waja gler dh ank sdara aku srg ni nk main2 air..(nk bw g air terjun tkut plk sal kencing tkus ke pe..lagipun Tok diaorang dh pesan awal2 jgn bw g air terjun yer..so xbrani le nak bawa..)

Traaaggg..husband wat kptsn pergi mandi kat Bukit Merah jer la..wwwaahh so kami pun terus bertolak ke Bukit Merah plk..Perjalanan yang tak dirancang..
xsbr nk mandi..berserabut jer rambut anak mama
2 brdik xsbr nk swimming (bj pokodot tu ler Irdina)

Abah tolong jaga..





 


kat tempat len xsnap gbr pun sbb mama pun nk mandi manda gak..hehehe..


Selasa, 11 Jun 2013

BURGER BAKAR ABG BURN



Hari ni lepas abis abk exam petang tadi husband bawa pegi mkn burger bakar Abg Burn jajahan Alor Setar (sebab tinggal kat Alor Setar so pegi jajahan Alor Setar je la)

Ni de plan dia tuk org2 Alor Setar yang tingin nk p try mkn burger bakar Abg Burn ni..( berdepan dengan kedai Tat Nasi Ayam)


 

Ok ni hasil yang kami berdua order..hehehe...

pintu masuk

burger bakar


krew burger bakar abg burn


meatball kuah banjir


lamb burger




Ahad, 9 Jun 2013

AIR ANUGERAH

Hari ni nak cerita skit pasal Air Anugerah..Mula guna / minum air ni masa lepas bersalin kan Zara..Husband ler yang belikan..suruh bagi dekat Zara sbb dia cakap air ni bagus..(mula2 mcm was2 juga nak bagi dekat baby..maklum ler dok rasa air xmasak nanti takut baby sakit perut / kembung plk..) Tp Alhamdullillah ok je Zara minum..Memang bagus air ni..berbaloi ler dengan harganya RM 4.50 sebotol untuk 500ml..(tu harga mula2 beli tu ler..tp slps 9bln guna air ni tuk Zara akhirnya dh jumpa kedai yang jual dengan harga yang lebih murah..dan yang pasti air ni ORI..RM 3.70 dekat kedai World's Herb..boleh borong lg..hehehe)

Jom kita kita tengak kebaikan air anugerah ni..



Kebaikan untuk diri sendiri

# Menjadi penawar kepada beban kesakitan

# Melawan sebarang penyakit dari dalam

# Menjadi penyeri diri

# Memberi tenaga


Kebaikan untuk keluarga

# Melindungi dari gangguan makhlus halus 

# Memberi kesejahteraan rumahtangga


Kebaikan untuk kanak-kanak

# Terangkan hati

# Mudah memahami pelajaran

# Melembutkan hati

# Menguatkan daya ingatan


Kebaikan ibu mengandung 

# Mengurangkan sebarang sakit ketika hamil

# Membantu pertumbuhan kandungan

# Memudahkan bersalin (insyallah)


Air Anugerah juga blh menjadi penawar segala penyakit seperti Kencing Manis/ Strok/ Demam/ Batuk/ Bisa Badan/ Lenguh Otot/ Anak Bermasalah/ Penerang Hati/ Seri Diri/ Pendiding Diri/ Sakit Pinggang/ Ibu mengandung/ Ibu bersalin/ Masalah dalaman dan akhir sekali untuk Murah Rezeki

Sebelum minum jangan lupa selawat ... minum je sebanyak mana xde pantang larang ...Insyallah berkesan.

Rabu, 5 Jun 2013

FILEM TANDA PUTERA

13 Mac 2013 lepas pejabat sy ada menganjurkan 1 seminar yang betajuk Seminar Patriotisme & Penghayatan Jati Diri Menurut Islam...Dalam salah satu segmen seminar tu adalah tayangan video...(tertunggu2 juga nk tayang video ape la ni..igt dokumentari biase2 je)


Pastu lampu dlm dewan pun ditutup (mcm dlm pggung wayang gitu)...Tarraa terkeluar tayangan bertajuk TANDA PUTERA...(mula2 dlm ati dok ckp2 halusss kata msti xbest cite ni)..Tapi bila dh mnonton mmg menyentuh jiwa raga la..sampai meleleh air mata...mmg tersentuh dengan pengorbanan pemimpin kita mempertahankan negara sehingga ke hujung nyawa.

Untuk mengetahui jalan cerita dengan lebih lanjut boleh la pergi menonton di panggung2 wayang terdekat pada tarikh jangkaan tayangannya 13 Ogos 2013 nanti..tak rugi beli tiket dan menonton cerita ni..

Jom layan sinopsis filem TANDA PUTERA ni..


Sinopsis filem Tanda Putera

Filem Tanda Putera mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969. Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia mengenai penyakit leukemia yang dihadapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan negara. Mereka berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr Ismail sendiri.

Mereka memiliki aura yang kuat. Kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah, tenaga pengajar, Kara dan anak muda, Zaman. Tun Razak dan Tun Dr Ismail mencorakkan warna hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka yang bertugas di pejabat.

Filem Tanda Putera berdasarkan kisah benar tragedi 13 Mei 1969 menampilkan Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak, Zizan Nin (Tun Dr Ismail), Faezah Elai (Tun Rahah), Linda Hashim (Toh Puan Norasyikin), Tunku Abdul Rahman (Kamarulzaman Taib), Sahee Shamsuddin (Najib Tun Razak), Razif Hashim (Johari Tun Razak), Ismaizal Yusoof (Tawfik Tun Ismail), Ali Steven Shorthose (Dr Macpherson) dan Norman Hakim (IGP Hanif).

Ia dibantu Kavita Sidhu (Kara), Riezman Khuzaimi (Sarjan Aman), Kuza (Maimon), Zaefrul Nordin (Koperal Musa), Ika Nabella (Zarah), Zoey Rahman (Johan), Ahya U (Zaman) dan Alan Yun (Allen).

Selain itu, filem sarat dengan emosi dan tragedi itu turut menampilkan pelakon undangan seperti Hasnul Rahmat (Tun Hussein Onn), Ida Nerina (Jah Steno), Sharifah Shahira (Guru Besar), Fizz Fairuz (Tan Sri Arshad Ayub), Nazril Idrus (Tun Dr Mahathir Mohamad), Khir Mohd Noor (IGP Abdul Rahman Hashim), Bell Ngasri (Datuk Harun Idris), Chew Kin Wah (Tan), Razali Hussain (Haji Ahmad Razali Mohd Ali), Douglas Lim (Leslie Cheah), Chealsia Ng (Catharine), Wong Sip Nen (bapa Allen), Nas-T (Najib Rahman) dan Aidil AF (Datuk Senu).

Filem Tanda Putera diterbitkan Pesona Pictures Sdn Bhd dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC). Ia dijangka menemui penonton bermula 13 Ogos 2013.

Selasa, 4 Jun 2013

USAHA TANGGA KEJAYAAN

Seorang pemuda masuk ke sebuah kedai makan berhampiran rumahnya dan memesan makanan. Tidak beberapa lama kemudian, pesanannya tiba. Saat pemuda itu nak menikmati makanannya, datanglah seorang anak kecil lelaki menjajakan kuih padanya, "Mahu beli kuih, bang?" Dengan ramah pemuda yang sedang makan itu menjawab, "Takpe, abang sedang makan." 

Anak kecil tersebut tidak putus asa dengan cubaan pertama. Dia menunggu sampai pemuda itu selesai makan, lalu dia tawarkan lagi kuih jualannya, "Mahu beli kuih, bang?" Pemuda tersebut menjawab, "Takpe dik, abang dah kenyang." 

Lalu pemuda itu bangun menuju ke kaunter untuk membayar dan terus berlalu pergi. Si anak kecil penjaja kuih masih berterusan mengekori pemuda tersebut hinggalah pemuda itu masuk ke rumahnya. Walaupun sudah hampir seharian si anak kecil cuba menjual kuih buatan ibunya, tetapi masih tidak laku-laku. Namun dia tidak mahu menyerah pada takdir dan masih meneruskan usahanya. Si anak kecil itu berfikir, "Cuba aku tawarkan lagi kuih ini pada abang tadi. Mana tau dia nak beli kuih ni sebagai ole-ole untuk orang di rumahnya." 

Tidak berapa lama kemudian, pemuda itu keluar rumah semula dan si anak kecil penjaja kuih kembali menghampiri pemuda tersebut untuk menawarkan kuih jualannya bagi kali ketiga. "Bang, mahu beli kuih?" 

Kali ini pemuda itu merasa ralat untuk menolak. Dia mengeluarkan wang RM10 dari dompetnya dan diberikan pada anak kecil itu. Katanya, "Adik ambil duit ni. Abang tak nak beli kuih adik sebab abang masih kenyang. Anggap saja duit ni derma daripada abang buat adik." 

Anak kecil itu menerima wang pemberian si pemuda lalu menghampiri seorang pengemis yang kebetulan berada berhampiran, lantas mendermakan semula wang RM10 itu kepada pengemis tersebut. Betapa terkejutnya si pemuda lantas bertanya, "Kenapa adik beri wang tu pada pengemis? Mengapa tidak adik ambil saja?" 

Anak kecil penjaja kuih itu tersenyum lalu menjawab, "Saya sudah berjanji dengan ibu di rumah untuk menjual kuih yang dibuatnya, bukan untuk jadi pengemis. Dan saya pasti bangga pulang ke rumah bertemu ibu andai wang yang saya perolehi adalah disebabkan hasil jualan kuih ibu dan bukannya disebabkan derma daripada abang. Wang yang akan saya serahkan kepada ibu nanti adalah hasil usaha saya sendiri kerana ibu tidak suka saya meminta-minta." 

Pemuda itu kagum dengan kata yang diucapkan oleh seorang anak yang masih kecil yang hanya menjaja kuih tetapi memiliki prinsip dan etika kerja yang hebat. Impian anak kecil itu ialah setiap kali pulang ke rumah, dia dapat melihat senyuman ibu yang menyambut kepulangannya disebabkan dia mampu menjual kuih buatan ibunya serta memperolehi wang hasil jualan tersebut, dan bukannya dengan cara meminta derma. 

Akhirnya pemuda itu memborong kesemua kuih yang dijajakan si anak kecil. Bukan kerana kasihan, bukan kerana lapar, tetapi kerana prinsip yang dimiliki si anak kecil bahawa "Usaha Tangga Kejayaan" dan dia pasti akan memperolehi ganjaran yang setimpal seandainya dia menyudahkan kerjanya dengan baik. 

Semoga kisah di atas mampu menyedarkan kita akan pentingnya usaha, dan bukannya dengan cara meminta-minta.







SABUN GLUTATHIONE COLLAGEN PINKISH

Hah 2 - 3 hari ni xsempat nak update blog..Sibuk cikit sebab ada Final Exam...Harini kebetulan xde paper.So sambil2 study nk update blog sambil niaga kecil kecilan...hehe..

Mari...mari..arini ada lelong sabun plk...Jom layannnzzz...



Ini wajah kotak Sabun Gutathione Collagen (kotak lip lap lip lap)


Ini plak wajah  Sabun Gutathione Collagen (comel jer wrna pink)


Kehebatan  Sabun Gutathione Collagen


Pastikan yang Ori (imej baru)

FORMULA TERBAIK SERTA KESAN MENAKJUBKAN (GABUNGAN COLLAGEN & GLUTATHIONE)KELULUSAN ANTARABANGSABFAD (Bureu of Food and Drugs)BIRO DADAH DAN UBAT ANTARABANGSARDII-MM-CT-0492

Bahan Kandungan yang terdapat dalam sabun ini:

I) GLUTATHIONE
Menolong memudar dan menghilangkan masalah kulit seperti pigmentasi, jerawat dan parut jerawat, age spots dan freckles.

II) COLLAGEN
Membantu memberi kelembapan pada kulit wajah anda selepas dicuci dengan sabun ini & dapat menganjalkan kulit anda supaya kelihatan lebih tegang & gebu.

III) ARBUTIN
Arbutin dikenali sebagai bahan yang paling selamat dan efektif dalam pencerahan kulit muka. Arbutin menolong memperbaiki dan menjaga kulit yang rosak akibat daripada free radicals dan juga menolong menghalang pengeluaran melanin yang sangat banyak. Arbutin selamat digunakan kerana tidak mengandungi bahan toksik, hidroquinon atau apa2 bahan berbahaya.

Tiga fungsi penting arbutin ialah : Whitening effects, anti- age effect and UVB/ UVC filter

IV) KOJIC ACID
kojic acid lebih efektif daripada whitening ejen yang lain seperti hidroquinon yang berbahaya. Kojic acid selamat dan tidak mendatangkan efek yg berbahaya seperti hidroquinon tu. Ia adalah natural ekstrak yang mencerahkan cela dan parut.


Penggunaan yang berterusan akan membuatkan kulit lebih cerah, muda, glowing dan kulit sekata tanpa apa-apa masalah kulit dari sehari ke hari Formula unik ni akan membuatkan kulit kelihatan lebit cepat cerah, jerawat parut dan cela dimuka dapat dihilangkan.


Seterusnya macam biasa la yer kalo dah tertarik menarik deboom boleh la :

SMS / Wsap 012-4190189