Selasa, 30 Julai 2013

GENTING HIGHLAND


Baru2 ni otw nak blk Kedah dari Kuantan singgah ler dulu kat Genting bawa si kecik Zara ni jalan2..

Tapi xsempat le nak main2 pun kat situ sbb terkejar2 masa nak berbuka puasa le segala bagai..

Xpe sayang bucuk yer nanti bila Zara dh besar ckit kita pegi lain yer..baru boleh main2..sekarang tinggi + umur Zara xmelepasi syarat lagi..

Zara muka blurr jer sbb baru bgn tido..

tgk kereta lampu2 dok lalu atas kepala dia..minat ler tu..



cewah2..

dekat Snow World tp Zara xleh masuk yer sbb kecik lagi..



Abah ler kena dukung sbb xbw stroller..



melengkung mama dukung zara..hahaha..xlarat dukung


AIR TEH BUNGA MADU BERATUR

tgk bekas air dia dh bertampal2..tp bekas bertuah tu wat tokeh dia..hehehe

tokeh + pekerja air teh bunga madu beratur Bazar ramadhan Stadium Darul Aman


Bulan puasa jer nak mkn pe semua ade...ha ni nk cite sal air teh bunga madu beratur dekat bazar ramadhan Stadium Darul Aman..

Rasanye air ni tokeh dia jual setahun sekali jer kot sbb kalo time bkn bulan puasa xpernah plk jumpa.

Dah ler nak beli air ni kena beratur panjang..pe yang best sgt xtau ler..tp mmg panjang le kena beratur..(rsa air tu cam kita beli air teh bunga kat dalam kotak tu je...mmg aku ni xde prsaan sguh.hehehe)

Tp yang paling best aku perasan mmg tokeh dia akan guna balang air yang sama jugak tiap2 tahun walaupun bekas air tu dh pecah2 bocor. (dh tampal dengan plaster je)...tp sbb bekas air tu hikmat kot simpan gak tuk guna tiap2 tahun...hahaha..yer la kan...bekas bocor2 tu pun tah2 beribu untung..rezeki bulan ramadhan..

Harga air ni RM2 jer sebungkus..kira ok ler harga dia..





beratur2...

Ahad, 21 Julai 2013

ARAHAN BERTUGAS


Waaa..waaa.. td tibe2 dapat memo arahan bertugas ler plk..mlm ni kna bertugas sempena majlis berbuka puasa YAB Perdana Menteri dengan JKKK Negeri Kedah plk..(dari pkul 4.00 ptg smpai 10.00 mlm yer..)



Last minute kot dpt memo ni..dh ler semalam siap plan nk g berbuka posa dekat umah mak mertua arini..mesti mak mertuaku dh msk mcm2 nk jamu menantu dia yg sorang ni...(hua..hua..ampun ibu mertuaku, xsengaja kena batal plan berbuka posa kita)

Tapi yang paling ngeri nk bgtau kena bertugas last2 minute ni kat my husband ler..( wah cnfrim merajuk punya ler t..) Sori yer cayang..

Xpe abah bw Zara blk g berbuka posa umah mak tok dlu yer..mgu dpan kita blk len berbuka ramai2 yer..sori yer Zara sayang mama kena keja ( dalam keterpaksaan  + rela )



Isnin, 15 Julai 2013

JAHITAN MANIK






Dah lama xupdate blog ni..sedikit bz lani..

Arini tiba2 tingat nk share sal jahitan manik..Sebab tahun ni igt nak jahitkan manik tuk baju kurung comel si Zara..isk xsbarnye nk jhit (tp sbar dl baju xsiap lg.huhuhu..)

Aku gunakan gabungan lace n manik tuk jahit dekat baju Zara..tp corak yg simple jer la sesuai ngan baby kan..nti letak sarat2 penuh plk calar2 kat muka Zara..

Tp xleh ler nk tunjuk gambar hasil kekreatifan aku..akhakh..sbb baju tailor xsiapkan lagi..



Tak pe nanti aku akan update dalam entry seterusnya bila baju Zara dh siap..

Nantikan kemunculannya..Coming Soon...


Selasa, 9 Julai 2013

RAMADHAN 2013




Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak..

Semoga kita semua mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah S.W.T..


Tak sabarnye nak sambut puasa..Tahun ni first time nak bersahur n berbuka ngan anak..Tahun lepas Zara dalam perut mama lg..tahun ni punya puasa leh tgk ler dia pun sama nek sibuk ngan org nak berbuka..hehehe..

Esok Negeri Kedah cuti sempena menyambut 1 Ramadan..Yahoo..(Over plk.hehehe..)


Khamis, 4 Julai 2013

CIRI - CIRI SUAMI AWESOME - MENGIKUT USTAZ AZHAR IDRUS

Dok ler google2 ternampak ler tajuk entry ni..So buka ler tuk saja2 nak baca..Dah baca best ler plk..jom kita share baca..kredit untuk penulis blog http://www.queachmad.com @ QUE ACHMAD..

Ciri-Ciri Suami AWESOME Wajib Baca | Mengikut Ustaz Azhar Idrus | Kalu korang ada masa, singgahlah ke FanPage Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus (Original). Pastu jangan lupa untuk LIKE Fanpage ni ye :)




1. Solat fardhu cukup 5 waktu.


2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikalpun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)

Kalau jumpa dan yakin dia belum hak wanita lain, lamar lelaki jenis ini! hehe.. :)


Selasa, 2 Julai 2013

SIFAT WANITA





Zara & mama berkongsi sifat yg sama...iaitu sifat Wanita Tanah vs Virgo...

Zara lahir pada 13 September 2012

Mama lahir pada 18 September 19..

Nanti mama search sifat untuk abah plak yer yang lahir pada 17 September 19..

Jomm baca sifat kami kat bawah ni...


WANITA TANAH 

Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus ( 21 April-20Mei ), Virgo ( 24Ogos-23 September ) dan Capricon ( 22 Disember-20 Januari )

Seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa

BEDAK TANAKA - NORA DANISH





Wahhh sekarang ni tengah mengila Bedak Tanaka ler plk..

Isk tgk Nora Danish pakai bedak sejuk pun teruja..Nak gak jadi comey lote cam Nora Danish kan..

Dan mula ler menggunakan en google untuk mendapatkan maklumat sal bedak tanaka ni..

Bila baca dia punya kelebihan ni mula ler gedik2 nak try gak...huahua..(mcm2 ni org..mudah terpengaruh punya..hehehe) Nak comey gak..

Ni antara hasil yang dapat bila en google bagi maklumat...wawawa...





Sangat berkesan untuk:

- Kecutkan jerawat
– Haluskan kulit
– Cerahkan kulit
– Hilangkan jeragat
– Lembutkan kulit
– Menyejukkan dan mengurangkan minyak di kulit muka
– Pelindung cahaya matahari
– Selesaikan masalah kulit bukan sahaja di muka tapi boleh digunakan satu badan
– Boleh dijadikan sebagai bedak sejuk dan foundation


CARA PENGGUNAAN

>>>Untuk jadikan sebagai foundation cuma sapukan bedak rata2 ke muka guna tangan atau span muka.

>>>Untuk jadikan sebagai bedak sejuk cuma basahkan tangan atau campurkan bedak dgn air dan sapukan ke muka. Lps 30 min boleh cuci atau nk pakai sepanjang mlm…blh cakap2 time sapu..muka x kedut mcm pakai masker..

*Boleh digunakan untuk semua jenis kulit berjerawat, sensitif, normal dan sebagainya. Sesuai untuk lelaki dan wanita…dewasa dan kanak-kanak.




4 colour tu terdiri drp 4 aroma

Hijau (Lemon) - sesuai untuk mencerahkan kulit,merawat jerawat kronik dan kulit pucat
Pink (Rose) - sesuai untuk meningkatkan kolagen kulit dan merawat jeragat
Krim (Original) - sesuai untuk melembapkan kulit,merawat penuaan dan melembapkan kulit
Putih (Jasmine) - sesuai untuk merawat ruam, sesuai juga merawat ruam bayi,kulit kerin dan gatal-gatal



Jom nak try ler bedak ni..mesti my hubby terkejut le blk t..wife dia comey cam kak tonnn...hahaha...

Isnin, 1 Julai 2013

TUDUNG 3 LAYER


Lani ramai dok minat pakai tudung 3 layer kan..Aku pun join2 ler beli...hehe..tp xbnyak pun de ler dlm 5 - 6 helai cam tu je..


untuk pic bawah2 ni tolong abaikan jer modelnye yer..tgk tudung je dh la yer..hehe..




ade lg sehelai dua yg xde dlm koleksi gambar..so tgk2 yg ni jer la..t kalo rajin aku upload len..




NASI DAGANG TERENGGANU

Pagi ni mai ofis bawa bekal..Nasi dagang wooo...Terima kasih tuk kak azie dr Azie Kitchen..Hasil dari rujukan resepi akak, saya dapat masak nasi dagang Terengganu arini..

Dengan semagat waja pukul 5 pagi dh bangun tuk masak pagi ni...Tapi xsempat snap gambar step by step cara masak sebab kalut..nk cepat sebab nak mai keja plk..

Gambar yang dh siap masuk dalam bekas je sempat snap..ni pun sbb nk tunjuk hasil air tangan kat suami ..hehehe


Kredit tuk resepi dari Azie Kitchen


Nasi Dagang

Bahan-bahan:
5 cawan beras siam wangi
1 biji kelapa - (2.5 cawan santan cair & 2 cawan santan pekat)
3 ulas bawang merah - dimayang halus
1 in halia - mayang halus
3/4 sudu besar halba
1 sudu besar garam kasar (paras rata) -dicampur ke dalam santan pekat


Cara membuat:
Beras dibersih dan direndam dgn air selama lebih kurang 8 jam sebelum dikukus. Letak air ke dalam pengukus sehingga mendidih.

Masukkan beras ke dalam pengukus dan kukus sehingga separuh masak (nampak wap keluar lebih kurang 20-30 minit.

Bila separuh masak, angkat kemudian masukkan ke dalam bekas yg besar lalu siramkan santan cair dan kacau rata.

Masukkan semula ke dlm pengukus bersama daun pandan dan kukus sehingga masak.

Bila masak, angkat masukkan ke dlm bekas besar bersama halba, halia, bawang merah dan dgn serta merta siram dgn santan pekat dan kacau perlahan sehingga rata.

Kemudian rata dan kemaskan nasi. Bila nak hidangkan ceduk dr tepi perlahan2 sambil digembur2kan.




Gulai Ikan Tonggkol 

Bahan-bahan:
1 ekor ikan tongkol hitam saiz besar (lebih kurang 1 kg)
1 biji kelapa - ambil santan
3 sudu besar cili kering kisar - jika suka boleh tambah lagi
1 pek rempah gulai cap bunga rose (kacau dg air) *saya ganti dengan rempah gulai ikan
8 gram rempah masak cap bunga rose  * saya ganti dengan rempah gulai daging
10 ulas bawang merah - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia -kisar
2 hiris lengkuas -kisar
2 keping asam gelugur
2 sudu besar gula melaka/gula atau secukup rasa
10 cili kecil
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis


Cara membuatnya: 
Ikan dibersihkan kemudian direbus bersama 4 keping asam gelugor dan garam sehingga airnya tinggal separuh. Kalau rebus dan dibiarkan semalaman, lagi sedap. 

Dalam periuk lain panaskan minyak, tumis bahan bahan kisar, cili kisar sehingga garing dan masukkan rempah gulai dan goreng lagi sehingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan santan, kacau sehingga hampir pecah minyak. Masukkan ikan, asam dan garam, renih sehingga pecah minyak dan agak pekat. Saya gunakan sedikit air rebusan ikan, jadi rasakan dulu asam garam sebelum dimasukkan asam dan garam supaya kuah tak terlebih masam pula.

Masukkan cili padi. Renihkan sebentar. Bolehlah angkat dan dihidangkan.


Acar 

Bahan-bahan:
Timun - hiris memanjang
Karot - hiris memanjang
1/2 biji bawang besar
Gula
Cuka secukupnya
Garam


Cara membuatnya: 
Timun dan karot yang dihiris direndam dalam air garam.

Satukan cuka, gula dan garam sehingga hancur. Gula mesti lebih baru nampak ianya berkilat.

Masukkan bawang besar dan sayuran yang dihiris tadi.

Sesuaikan rasa dan siap dihidangkan.