Khamis, 19 September 2013

SINOPSIS DRAMA CINTA JANNAH


Mesti ramai yang suka tengak drama Cinta Jannah ni kan...sweet jer Izaryl ni...hahaha..

Jom kita layan sinopsis drama ni ckit (Episod 17 - episod 24 akhir).. nak tau lebih2 kena tgk kat tv3 ler...hehehe...


Cinta Jannah Episode 17
Nur Jannah dan Izaryl bersarapan bersama. Izaryl memberitahu dia akan singgah ke tapak projek dahulu. Nur Jannah memandu menuju ke tempat kerja. Sampai di pejabat dia masuk ke bilik Izaryl dan mengemas meja. Izaryl berbincang dengan pekerjanya mengenai projek perumahan yang di kendalinya. Nur Jannah mengadap komputer menyiapkan laporan. Kamal rakan sepejabatnya mengajak Nur Jannah ke luar makan tengahari. Nur Jannah menolak. Wanda mendekati Nur Jannah dan bertanya apa yang Kamal mahu. Dia juga mengingatkan Nur Jannah untuk melawat Amina. Damia berlari masuk ke biliknya dan muntah. Damia menelefon Eddy untuk berjumpa. Perlahan-lahan dia menyentuh perutnya. Izaryl menegur Nur Jannah dan menyuruh Nur Jannah masuk ke biliknya. Wanda mengusik. Izaryl mengajak Nur Jannah makan tengahari. Nur Jannah menolak kerana sudah berjanji dengan Wanda untuk ke hospital melawat Amina yang sudah bersalin. Izaryl berkeras dan Nur Jannah terpaksa menurut. Damia bertemu dengan teman lelakinya. Damia menyuru..


Cinta Jannah Episode 18
Nur Jannah berjalan di tepi kolam sewaktu hujan renyai-renyai. Dia menyanyi kecil. Izaryl sedang menyiapkan menyiapkan kerja menggunakan laptopnya. Dia memberi amaran supaya berhati-hati. Nur Jannah tersenyum dan terus berjalan sambil menyanyi. Nur Jannah terpijak lantai yang licin dan terjatuh ke dalam kolam. Nur Jannah terkapai-kapai. Izaryl berlari dan terjun ke dalam kolam. Nur Jannah di tarik ke atas. Izaryl marah kerana Nur Jannah tidak mendengar nasihatnya dan bersikap seperti kanak-kanak. Nur Jannah ketakutan dan terketar-ketar kesejukan. Izaryl meminta maaf kerana memarahi Nur Jannah kerana dia tidak ingin kehilangan Nur Jannah. Izaryl menarik Nur Jannah ke dalam pelukan dan Nur Jannah menangis.


Cinta Jannah Episode 19
Nur Jannah memberitahu dia sudah bersedia untuk menjadi isteri Izaryl. Di meja makan mereka berbual dan bersembang. Izaryl telah membuka rahsia yang dia tidak pernah merogol Nur Jannah.


Cinta Jannah Episode 20
Izaryl dan Nur Jannah solat berjemaah. Kemudian Nur Jannah mengaji. Izaryl membimbing Nur Jannah. Izaryl dan Nur Jannah melawat Amina di rumahnya. Izaryl kekok memegang bayi dalam dukungannya.


Cinta Jannah Episode 21
Nur Jannah mengemas meja Izaryl. Tengku Zareena masuk. Tengku Zareena mahu Nur Jannah memujuk Izaryl supaya berkahwin dengan Damia. Tengku Zareena memberitahu Izaryl akan menjadi anak derhaka jika tidak patuh pada arahannya.


Cinta Jannah Episode 22
Nur Jannah memasak menu yang istimewa untuk Izaryl untuk kali yang terakhir. Air matanya mengalir. Izaryl masih termanung di pejabat. Dia malas mahu pulang ke villa. Izaryl masuk ketika Nur Jannah baru selesai solat.


Cinta Jannah Episode 23
Nur Jannah termenung memikirkan Izaryl . Sufian menegur. Mereka saling bertanya khabar. Abdullah menghampiri dan bersalam dengan Sufian. Mereka berbual. Nur Jannah hanya memerhati mood ayahnya yang sudah berubah.


Cinta Jannah Episode 24 - (Akhir)
Perut Nur Jannah sakit. Bonda membawa Nur Jannah ke hospital. Izaryl bermimpi. Nur Jannah jatuh ke dalam lubang yang dalam dan meminta tolong. Izaryl hanya melihat. Nur Jannah meminta tolong dan menangis. Izaryl tersedar dan badannya berpeluh. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan