Isnin, 1 Julai 2013

NASI DAGANG TERENGGANU

Pagi ni mai ofis bawa bekal..Nasi dagang wooo...Terima kasih tuk kak azie dr Azie Kitchen..Hasil dari rujukan resepi akak, saya dapat masak nasi dagang Terengganu arini..

Dengan semagat waja pukul 5 pagi dh bangun tuk masak pagi ni...Tapi xsempat snap gambar step by step cara masak sebab kalut..nk cepat sebab nak mai keja plk..

Gambar yang dh siap masuk dalam bekas je sempat snap..ni pun sbb nk tunjuk hasil air tangan kat suami ..hehehe


Kredit tuk resepi dari Azie Kitchen


Nasi Dagang

Bahan-bahan:
5 cawan beras siam wangi
1 biji kelapa - (2.5 cawan santan cair & 2 cawan santan pekat)
3 ulas bawang merah - dimayang halus
1 in halia - mayang halus
3/4 sudu besar halba
1 sudu besar garam kasar (paras rata) -dicampur ke dalam santan pekat


Cara membuat:
Beras dibersih dan direndam dgn air selama lebih kurang 8 jam sebelum dikukus. Letak air ke dalam pengukus sehingga mendidih.

Masukkan beras ke dalam pengukus dan kukus sehingga separuh masak (nampak wap keluar lebih kurang 20-30 minit.

Bila separuh masak, angkat kemudian masukkan ke dalam bekas yg besar lalu siramkan santan cair dan kacau rata.

Masukkan semula ke dlm pengukus bersama daun pandan dan kukus sehingga masak.

Bila masak, angkat masukkan ke dlm bekas besar bersama halba, halia, bawang merah dan dgn serta merta siram dgn santan pekat dan kacau perlahan sehingga rata.

Kemudian rata dan kemaskan nasi. Bila nak hidangkan ceduk dr tepi perlahan2 sambil digembur2kan.




Gulai Ikan Tonggkol 

Bahan-bahan:
1 ekor ikan tongkol hitam saiz besar (lebih kurang 1 kg)
1 biji kelapa - ambil santan
3 sudu besar cili kering kisar - jika suka boleh tambah lagi
1 pek rempah gulai cap bunga rose (kacau dg air) *saya ganti dengan rempah gulai ikan
8 gram rempah masak cap bunga rose  * saya ganti dengan rempah gulai daging
10 ulas bawang merah - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia -kisar
2 hiris lengkuas -kisar
2 keping asam gelugur
2 sudu besar gula melaka/gula atau secukup rasa
10 cili kecil
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis


Cara membuatnya: 
Ikan dibersihkan kemudian direbus bersama 4 keping asam gelugor dan garam sehingga airnya tinggal separuh. Kalau rebus dan dibiarkan semalaman, lagi sedap. 

Dalam periuk lain panaskan minyak, tumis bahan bahan kisar, cili kisar sehingga garing dan masukkan rempah gulai dan goreng lagi sehingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan santan, kacau sehingga hampir pecah minyak. Masukkan ikan, asam dan garam, renih sehingga pecah minyak dan agak pekat. Saya gunakan sedikit air rebusan ikan, jadi rasakan dulu asam garam sebelum dimasukkan asam dan garam supaya kuah tak terlebih masam pula.

Masukkan cili padi. Renihkan sebentar. Bolehlah angkat dan dihidangkan.


Acar 

Bahan-bahan:
Timun - hiris memanjang
Karot - hiris memanjang
1/2 biji bawang besar
Gula
Cuka secukupnya
Garam


Cara membuatnya: 
Timun dan karot yang dihiris direndam dalam air garam.

Satukan cuka, gula dan garam sehingga hancur. Gula mesti lebih baru nampak ianya berkilat.

Masukkan bawang besar dan sayuran yang dihiris tadi.

Sesuaikan rasa dan siap dihidangkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan