hari ni hari pertama kerja dekat tempat baru setelah meninggalkan ICU KEDAH..
Harini dh bleh buka cerita baru...selamat kepada semuanyer...keja baru...waaaa....
Ahad, 6 Oktober 2013
Isnin, 30 September 2013
CORETAN PERASAAN
Minggu yang begitu sensatif...pe2 sikit mudah jer nak terasa...mudah je nak meleleh air mata..xtau le psai pe..tambah2 tdgr cam menyusahkan org plk bila nak kuar dari ofis ni nak kena org kumpul2 duit nak bagi adiah bagai..(xmintak pun..huhu..kalo dh rasa xikhlas n menyusahkan xyah le bagi..)
Minggu ni jgk last berkhidmat dalam ICU KEDAH..
Sibuk mengemas barang2 tuk kosongkan 'work station'..
mggu lps tersentuh ngan kawan2 yang sanggup wat majlis perpisahan...memg hapenning majlis tu..terlupa kesedihan yang de..
Tq kawan2 yang sudi adakan majlis tu..( Pn Wan Ruslina, Pn Rod, kak nora, kak shuhada, kak azirah, kak has, kak ida, niza, akmal, en azhar, hassan )...
terima kasih kerana ikhlas dan sudi menggeluarkan duit tuk wat majlis tu..
LOVE U ALL
Minggu ni jgk last berkhidmat dalam ICU KEDAH..
Sibuk mengemas barang2 tuk kosongkan 'work station'..
mggu lps tersentuh ngan kawan2 yang sanggup wat majlis perpisahan...memg hapenning majlis tu..terlupa kesedihan yang de..
Tq kawan2 yang sudi adakan majlis tu..( Pn Wan Ruslina, Pn Rod, kak nora, kak shuhada, kak azirah, kak has, kak ida, niza, akmal, en azhar, hassan )...
terima kasih kerana ikhlas dan sudi menggeluarkan duit tuk wat majlis tu..
LOVE U ALL
Khamis, 19 September 2013
SINOPSIS JODOH ITU MILIK KITA
Cerita ni sekarang tengah hot dekat Astro Mustika HD...tp besa ar xleh nak layan ari2 sebabnyer pukul 10mlm jer si kcik Zara nak tdo..
Cerita ni pun start pukul 10mlm gak...So kdg2 tgk yg rakam ataupun ulangan jer la esk arinyer...
Jom layan sinopsis cerita ni...

Jodoh Itu Milik Kita menceritakan perkenalan Dahlia dan Marina membawanya kepada ikatan pertunangan dengan anak Marina, Syafiq. Walaupun tidak bercinta, Dahlia bersetuju atas rasa hormat, apatah apabila mengetahui Marina menghidap kanser perut.
Pada hari pernikahan, Syafiq melarikan diri kerana tidak dapat menerima jodoh pilihan keluarga. Dalam kekusutan yang berlaku, abang Syafiq, Aariz Danial yang baru kembali dari Melbourne, Australia terpaksa menggantikan adiknya.
Aariz dan Dahlia bermula sebagai kawan walaupun sudah halal berkahwin. Tanpa disedari, cinta berputik di hati mereka. Syafiq pula ke New Zealand untuk mencari teman wanitanya, Alya.
Bagaimanapun, Syafiq pulang semula ke Malaysia tanpa rasa bersalah. Apabila mengetahui Dahlia menjadi isteri Aariz, perasaan membuak membenci di hati Syafiq. Dia berikrar mahu memusnahkan kebahagiaan Aariz. Kenapa Syafiq terlalu mendendami abangnya?
Syafiq pula mula menanam jarum di hati Dahlia dengan menyucuk rasa ragu-ragu dengan personaliti Aariz. Ada satu rahsia yang disimpan kemas oleh keluarga Tuan Haikal - bapa angkat Aariz dan sebagai ketua keluarga, Tuan Haikal perlu merungkai segala yang telah kusut disebabkan rahsia tersebut. Apakah Rahsia itu? misteri kewujudan Aariz dalam keluarga Tuan Haikal, yang menyebabkan perkahwinan Aariz dan Dahlia goyah. Akhirnya Jodoh mereka masih kuat dan tiada apa yang dapat pisahkan mereka berdua kecuali takdir.
Drama bersiri 40 episod arahan Jamal Khan menampilkan Farid Kamil selaku Aariz Danial, Tiz Zaqyah (Dahlia), Shazwan Zulkifli (Syafiq), Nabila Huda (Alya), Keith Foo (Joshua), Ziela Jalil (Marina) dan Heriyanto (Haikal).
Adaptasi novel karya Sara Aisha, terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd milik produser terkenal, Ziela Jalil
SINOPSIS DRAMA CINTA JANNAH

Mesti ramai yang suka tengak drama Cinta Jannah ni kan...sweet jer Izaryl ni...hahaha..
Jom kita layan sinopsis drama ni ckit (Episod 17 - episod 24 akhir).. nak tau lebih2 kena tgk kat tv3 ler...hehehe...
Nur Jannah dan Izaryl bersarapan bersama. Izaryl memberitahu dia akan singgah ke tapak projek dahulu. Nur Jannah memandu menuju ke tempat kerja. Sampai di pejabat dia masuk ke bilik Izaryl dan mengemas meja. Izaryl berbincang dengan pekerjanya mengenai projek perumahan yang di kendalinya. Nur Jannah mengadap komputer menyiapkan laporan. Kamal rakan sepejabatnya mengajak Nur Jannah ke luar makan tengahari. Nur Jannah menolak. Wanda mendekati Nur Jannah dan bertanya apa yang Kamal mahu. Dia juga mengingatkan Nur Jannah untuk melawat Amina. Damia berlari masuk ke biliknya dan muntah. Damia menelefon Eddy untuk berjumpa. Perlahan-lahan dia menyentuh perutnya. Izaryl menegur Nur Jannah dan menyuruh Nur Jannah masuk ke biliknya. Wanda mengusik. Izaryl mengajak Nur Jannah makan tengahari. Nur Jannah menolak kerana sudah berjanji dengan Wanda untuk ke hospital melawat Amina yang sudah bersalin. Izaryl berkeras dan Nur Jannah terpaksa menurut. Damia bertemu dengan teman lelakinya. Damia menyuru..
Cinta Jannah Episode 18
Nur Jannah berjalan di tepi kolam sewaktu hujan renyai-renyai. Dia menyanyi kecil. Izaryl sedang menyiapkan menyiapkan kerja menggunakan laptopnya. Dia memberi amaran supaya berhati-hati. Nur Jannah tersenyum dan terus berjalan sambil menyanyi. Nur Jannah terpijak lantai yang licin dan terjatuh ke dalam kolam. Nur Jannah terkapai-kapai. Izaryl berlari dan terjun ke dalam kolam. Nur Jannah di tarik ke atas. Izaryl marah kerana Nur Jannah tidak mendengar nasihatnya dan bersikap seperti kanak-kanak. Nur Jannah ketakutan dan terketar-ketar kesejukan. Izaryl meminta maaf kerana memarahi Nur Jannah kerana dia tidak ingin kehilangan Nur Jannah. Izaryl menarik Nur Jannah ke dalam pelukan dan Nur Jannah menangis.
Cinta Jannah Episode 19
Nur Jannah memberitahu dia sudah bersedia untuk menjadi isteri Izaryl. Di meja makan mereka berbual dan bersembang. Izaryl telah membuka rahsia yang dia tidak pernah merogol Nur Jannah.
Cinta Jannah Episode 20
Izaryl dan Nur Jannah solat berjemaah. Kemudian Nur Jannah mengaji. Izaryl membimbing Nur Jannah. Izaryl dan Nur Jannah melawat Amina di rumahnya. Izaryl kekok memegang bayi dalam dukungannya.
Cinta Jannah Episode 21
Nur Jannah mengemas meja Izaryl. Tengku Zareena masuk. Tengku Zareena mahu Nur Jannah memujuk Izaryl supaya berkahwin dengan Damia. Tengku Zareena memberitahu Izaryl akan menjadi anak derhaka jika tidak patuh pada arahannya.
Cinta Jannah Episode 22
Nur Jannah memasak menu yang istimewa untuk Izaryl untuk kali yang terakhir. Air matanya mengalir. Izaryl masih termanung di pejabat. Dia malas mahu pulang ke villa. Izaryl masuk ketika Nur Jannah baru selesai solat.
Cinta Jannah Episode 23
Nur Jannah termenung memikirkan Izaryl . Sufian menegur. Mereka saling bertanya khabar. Abdullah menghampiri dan bersalam dengan Sufian. Mereka berbual. Nur Jannah hanya memerhati mood ayahnya yang sudah berubah.
Cinta Jannah Episode 24 - (Akhir)
Perut Nur Jannah sakit. Bonda membawa Nur Jannah ke hospital. Izaryl bermimpi. Nur Jannah jatuh ke dalam lubang yang dalam dan meminta tolong. Izaryl hanya melihat. Nur Jannah meminta tolong dan menangis. Izaryl tersedar dan badannya berpeluh.
Khamis, 12 September 2013
AGAR AGAR/PUDING LAPIS OREO

Bahan : ( Saiz: 8" persegi )
- 1 bungkus @ 10g Jelly Powder - Serbuk Agar-Agar
- 750ml Air
- 140g Gula
- 1 tin @ 400g Susu Cair
- 3/4 cup Serbuk Milo
- 1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis
Cara :
- Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut.
- Masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
- Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
- Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain dan campurkan milo sehingga sebati.
- Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.
- Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
- Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
- Taburkan biskut oreo.
- Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
- Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.
TIPS UNTUK MELAPIS:
- Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
- Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
- Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.
Rabu, 11 September 2013
GARAM BELACAN
isk pagi2 buta dah myincah dah geng2 ni...hahaha...nak tau time ni kul bpe..pkul 9pagi..huahua..
meriah 1 ofis dok cicah garam belacan...ceria sungguh...ni geng laki2 xmai lagi myincah..
meriah 1 ofis dok cicah garam belacan...ceria sungguh...ni geng laki2 xmai lagi myincah..
![]() |
| tu mcm mak nenek...hahaha |
![]() |
| sdapnyerrr...tdung biru tu penulis blog mampukah kita..tokeh garam belacan... |
SANTAI - SANTAI
Langgan:
Catatan (Atom)












